H A T I S A D O


ENTRY ABOUT LINKS TWITTER ASK.FM +FOLLOW

KASIH SEORANG SAHABAT

2 orang lelaki yang sakit tenat berkongsi sebuah bilik di hospital. Seorang daripada lelaki tu dibenarkan berdiri atas katilnya supaya paru2nya dapat dirawat. Katil lelaki tersebut terletak di tepi satu2nya tingkap yang ada di bilik itu. lelaki yg sorang lagi plak hanya mampu terbaring.

mereka ber2 selalu b'cerita tentang kehidupan masing2 sebelum dimasukkan ke hospital.

lelaki yang katilnya di tepi tingkap selalu menceritakan kepada lelaki yang terbaring tentang keindahan di luar tingkap. Taman yg ada tasik di mana angsa & itik berenang2...kanak2 yang bermain kapal kertas...pasangan kekasih yang b'jalan berpegangan tangan di kelilingi bunga yang berwarna-warni & langit yang indah. Hari & minggu b'lalu...

suatu pagi, jururawat yang membawa air untuk mereka mandi mendapati lelaki di tepi tingkap sudah meninggal dunia.

lelaki yang berbaring itu meminta izin untuk berpindah katil ke katil arwah kerana mau menikmati keindahan yang pernah diceritakn si mati.

apabila dia secara perlahan2 melihat ke luar tingkap, dia hanya dapat melihat dinding. dia memberitahu jururawat bhw si mati selalu bercerita kepadanya tentang keindahn d luar tingkap.

jururawat memberitahunya bahawa si mati sebenarnya buta. "mungkin arwah mahu memberi semangat untuk kamu hidup", tambah jururawat itu lagi.


#moral of the story: selalulah beri orang lain semangat :)

0 comment[s] | back to top