H A T I S A D O


ENTRY ABOUT LINKS TWITTER ASK.FM +FOLLOW

Holiday yang bahagia :D
Hai hey hui :D Assalamualaikummmmm. Apa khabar readers ? Ira okay and happy je. Almaklum la, ada 2 perkara yang buat Ira happy :D first, Ira dah ada yang punya. Haha. Ingat tak crush yang Ira cakap masa entry before this ? Yeah, with him. Korang please please doakan kebahagiaan kitorang? Ira dah penat la nak  patah hati atau kecewa lagi :( Awak dah janji kan dengan saya ? Jangan sakitkan hati saya ya ? :) Heeee. dah dah :P Eh nak tahu ke siapa ? haaha, tengok dekat twitter la :P Capital M.Y.N.S. lol :P hahahaahaha love him :*

And second thing yang buat Ira happy, HOLIDAY at LANGKAWI !!! Yeeeehaaaaa, Act rombongan sekolah ayah Ira je. Seramai 38 orang yang mengikuti program ini. lol. haha kitorang naik bas dari batu pahat sampai ke jeti Kuala Perlis. Kitorang bertolak dari batu pahat around 9 pm sampai di Jeti Kuala Perlis around 11 gitu. Kitorang teruskan perjalanan naik feri, yeahhh. Memula memang nervous. Tapi bila dah naik dah tak rasa sangat dah :D Bawah ni gambar kat jeti and dalam feri and luar feri :D haaha.


This is the Jetty :P 


Le me yang excited in the ferry :D


Tempat letak bagasi :D


Ni namanya tunggul maybe ? 


Pemandangan yang Indah :D

Sampai je pelabuhan jeti dah sampai la Ira di bumi Langkawiiii. Yeeeehaaaa. Kitorang terus naik bas. Then singgah di tempat jual gamat and tempat proses dia. Then shopping sikit kat kedai apa tah namanya. Hoho. Tempat penginapan kitorang di Jalan Lagenda, Kuah :P Search sendiri la kat internet, cari A'mara guest house :D Pelajar sekolah ayah semuanya upper 6 so senang je nak handle. Lepas kitorang shopping sikit kitorang pergi lunch. Then tak silap Ira, kitorang pergi tempat Mahsuri, woooo kat dalam tu la banyak sejarah sejarah Mahsuri. Our guide tour, Miss Noor ceritakan macam macam sejarah Langkawi. Kitorang dengar je lah. haha :D Selasa 4 Jun punya aktiviti sampai pukul lima.  

Esok harinya pulak, Rabu 5 Jun, kitorang breakfast dulu, lepas breakfast, kitorang ke Mangrove Tour ! Naik bot pusing pusing sungai and laut, jumpa pulau Kasut la. haha. (Kilim Geoforest Park) Kitorang tengok helang tapi helangnya tak banyak :( Then dengan menaiki bot kitorang singgah kat tempat penjagaan ikan, kat situ kitorang diberi penerangan tentang hidupan laut yang ada, ada ikan pari, belangkas and so on ;D Lepas dah puas kat situ, kitorang ke gua Kelawar, bila masuk gua tu, kitorang nampak la kelawar yang bergantung kat dinding atas, kami diberi lampu suluh untuk tengok kelawar tu. Banyakkkkk :D Then laluan keluar dari gua tu rendah, air pasang pulak masa tu, pagi la katakan, tapi nasib baik air tak banyak mana, redah je la, last last, kasut Ira basah :( Sedihh sangat k ! haha. 

Lepastu kitorang pergi ke galeri tempat banyak hadiah pennghargaan yang diberi untuk Tun Dr Mahathir, tak ramai yang nak masuk, pelajar semua tinggaal dalam bas, keluarga cikgu cikgu je yang masuk dalam galeri tu. haha. Kat situ kitorang dapat la tengok macam macam jenis perak, emas, gangsa. Replika kapal la, replika manusia ramai ramai la, gambar lukisan Tun Dr Mahathir and paling best, kenderaan yang diberi ! Ada beca cantik, sport car, basikal kayu and banyak lagi. Tempat tu luassss :D Setengah jam di situ, kami meneruskan aktiviti terakhir, naik kereta kabel ! Yeah saat yang sangat dinanti nanti kan. Tapi yang slake nya, kena beratur panjang and lama gila. Kalau taknak tunggu lama, datang la awal atau beli tiket vip ? :P Hekhek. Naik cabel car tu memula takut jugak, tapi lelama tak takut dah, apa nak takut ? Tak gayat pun :/ hahaha ((bongkak)) lol. Tapi kitorang tergesa gesa la kat sana, kejar masa sampai pukul 1 je, last last naik bas 1.20 p.m. Nasib baik bas tak tinggalkan kitorang. Then kitorang pun gerak balikk sebab aktiviti sampai pukul 2 p.m je. Lepastu aktiviti bebas untuk pelajar.

 Keluarga Ira and keluarga Cikgu Faridah merancang untuk ke under water world kat Pantai Chenang :D Adult RM28 w/ mykad la, kalau kid, RM18 :D Kat sana lebih kurang Aquaria kat KLCC, tak banyak beza pun. hihi :D Kitorang pun pusing pusing la kan dalam tu. Lepas dah penat pusing, kitorang ke the zon, kat sebelah je tempatnya. Jual coklat and macam macam. Then kitorang makan mcd sebelah jugak tempat dia. haha. Then kitorang pun naik van teksi lagi. Harga sekepala RM6 :) Sampai tempat penginapan, kitorang rehat rehat duluu. Lepas Maghrib, kami semua gerak ke pasar malam. Dekat pantai Kuah ni pasar malam dia hari rabu and sabtu je, jadik kitorang pun apa lagi, pergi la :D Kat sana macam macam barangg yang dijual. Ira pun jadik rambang mata, murah murah woooo :O hahaha. Ira beli la keychain untuk kawan Ira and tudung untuk diri sendiri. hikhik. Balik ke penginapan around 10 pm. Time tu baru la kitorang makan makanan yang dibeli kat pasar malam tadi. Yeahh :) 

Esok harinya, hari Khamis, kitorang pagi pagi dah berkumpul, tibalah masanya kami meninggalkan bumi Langkawi ni :( And ofcourse cikgu cikgu la paling banyak beli barang. hwahwahwa :P Lepas tu kitorang pun gerak la ke jeti and sampaila Kuala Perlis balik. kitorang pun naik bas, gerak ke Padang Besar. Sampai je sana, Ya Allah, lagilah Ira rambang mata woo ! Banyak betul barang cantik cantik, Ira pun apa lagi, hwahwa, tengok balik beg dompet, cukup tak duit nak shopping. miahaha. Kat sana barang dia bebas cukai thats why murah sikit. Ira beli beg sandang, baju, tudung. Hewhewhew. Im love it ! haha. Then lunch kat Padang besar, kat situ ada gerai gerai, sedap jugak :D Lepas makan hajat nak sambung jenjalan, tapi malangnya dah kena naik bas, takut sampai batu pahat lama sangat. Sobsobsob. haha. Dah sampai sini je la Ira story. Penat menaip. hewhew. Ira tinggalkan gambar ye. Love you :* Assalamualaikum.

Mangrove Tour. ME w/ Yaya :D


Again :D


Pulau Kasut :D


Tempat penjagaan Ikann. 


Galeri Tun Dr Mahathir :D


Replika kapal :)


Galeri :D


My mom, yaya, abah and Khalil (anak kawan ayah)



In Cable car :D


Yaya kat puncak ! Yay :D


Waiting turn untuk naik Cable Car.


Under Water World :D


Yaya and cik Pingu :*


Comel kan ikan Pari ni ? :D




0 comment[s] | back to top